Buzzera

Buzzera


Yuna - Aizat duet Lagu DwiHati

Posted: 30 Apr 2013 01:43 AM PDT

Yuna - Aizat duet Lagu DwiHati   Selain dilantik menjadi duta media sosial Malaysia Airlines, terdapat satu lagi khabar mengenai bintang yang kian bersinar ini iaitu Yuna. Kepulangannya kali ini...

Read more: http://www.buzzera.net

RotiKaya

RotiKaya


Fizz Fairuz Terima Lakonkan Adegan Ranjang Demi Pelbagaikan Watak

Posted: 30 Apr 2013 03:17 PM PDT

Jika dahulu Fizz Fairuz lebih dikenali sebagai pelakon yang alim namun kini untuk lebih mencabar Fizz telah menerima tawaran untuk lakonkan adegan ranjang bersama Nabila Huda dan Wan Sharmila di dalam filem terbarunya “Bisikan Syaitan” demi pelbagaikan watak.

Beliau yang ditemui di Majlis Tayangan Media Filem ‘Bisikan Syaitan’ bertempat di e@Curve semalam memberitahu bahawa perasaan segan ada namun demi karier Fizz bersikap profesional.

Walaubagaimanapun babak tersebut melalui proses perbincangan bersama pengarah muda, Faizul A. Rashid serta para pelakon yang lain.

Ujar Fizz lagi, pada mulanya Wan Sharmila enggan lakonkan babak tersebut kerana masalah peribadi namun selepas beberapa ketika dia akhirnya bersetuju dan telah meletakkan beberapa syarat agar tidak nampak keterlaluan.

“Dia beritahu kepada saya dan pengarah tidak mahu dihimpap dimana dia tidak boleh kalau saya berada di atasnya. Untuk jayakan babak itu sahaja kami memerlukan 8 ke 9 take kerana Wan Sharmila yang tidak biasa lakonakan aksi sebegitu.”

Filem yang berlatar belakangkan Bukit Fraser, Pahang, ini telah siap lebih dua tahun yang lalu namun disebabkan tahun lalu banyak filem melayu dikeluarkan filem seram Terbitan Grand Brilliance terpaksa ditangguhkan.

Dalam pada masa yang sama, Fizz Fairuz turut memberitahu bahawa dia masih berkawan dengan Almy Nadia dan tidak tahu pada masa hadapan siapakah jodohnya kerana Fizz diberi tempoh dua tahun oleh emaknya untuk fokus dengan kerjaya dahulu namun begitu dia tidak menolak jika jodohnya bersama Almy.

Bagi mereka yang tidak sabar menanti filem seram berdasarkan kisah benar ini boleh tonton dipawagam bermula 2 Mei ini, selamat menonton!

DAN_1876 DAN_1878 DAN_1886 DAN_1888

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Puteri Sarah Liyana Nafi Jalin Hubungan Cinta Dengan Syamsul Yusof

Posted: 29 Apr 2013 06:53 PM PDT

Jika ada peminat yang masih tertanya tanya status sebenar hubungan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof seperti di’dakwa Ammar Alfian, ini ada jawapan yang menafikan cinta antara mereka wujud.

Bercakap kepada GUA hari ini, Puteri Sarah Liyana menafikan wujudnya sebarang hubungan cinta antara beliau & Syamsul Yusof seperti di’dakwa dan turut menyifatkan Ammar Alfian sebagai tidak matang.

BACA: Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter Kerana Cemburu?

“Saya dah move on. Dia pun dah ada teman wanita. Saya dah malas nak fikir mengenai perkara yang keluar dari mulut dia tentang saya”

“Saya dah penat dengan semua ini. Dia ada bukti ke nak tuduh saya kini bercinta dengan Syamsul? Apa yang dia buat ni merupakan satu tindakan yang tidak matang,” jelas Puteri Sarah Liyana ringkas.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Yuna as Malaysia Airlines’ Social Media Ambassador

Posted: 30 Apr 2013 08:13 AM PDT

alaysia Airlines is set to embark on an amazing journey through social media as the airline aspires to be among the best social media brands and expand its presence throughout the global social media scene to further broaden its marketing reach. As an anchor of the national carrier's efforts, a[...lagi...]

The post Yuna as Malaysia Airlines' Social Media Ambassador appeared first on Sensasi Selebriti.

Peluang Terakhir Untuk Rebut Wang Ganjaran RM2Juta Program GIGIH

Posted: 29 Apr 2013 06:33 PM PDT

Jika anda masih ingat, beberapa hari yang lalu, Budiey ada siarkan entri tentang macamana untuk dapatkan wang ganjaran RM2juta dalam Program GIGIH. Rasanya Budiey tak perlu nak berikan info secara terperinci kerana pastinya ada yang sudah menghantar penyertaan. SYABAS kepada yang dah hantar penyertaan. Jangan risau, anda sekarang berada di[...lagi...]

The post Peluang Terakhir Untuk Rebut Wang Ganjaran RM2Juta Program GIGIH appeared first on Sensasi Selebriti.

Astro & Maxis Tawar Nilai Terhebat Astro B.yond IPTV

Posted: 29 Apr 2013 10:26 AM PDT

Astro dan Maxis Tawar Nilai Terhebat Dalam Hiburan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Kepada Lebih 1 Juta Isi Rumah Kini rakyat Malaysia dapat menikmati Astro TV, jalur lebar berkelajuan tinggi dan perkhidmatan 'home voice' terbaik melalui Astro B.yond IPTV dengan Maxis. From Left: Mark Dioguardi, Joint Chief Operating Officer, Maxis[...lagi...]

The post Astro & Maxis Tawar Nilai Terhebat Astro B.yond IPTV appeared first on Sensasi Selebriti.

Buzzera

Buzzera


MasterChef Selebriti 2: Zain Saidin dipergunakan

Posted: 29 Apr 2013 05:17 PM PDT

Rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin 'panas' dengan aksi setiap peserta. Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain...

Read more: http://www.buzzera.net

RotiKaya

RotiKaya


Zain Saidin Dakwa Diperguna Dalam MasterChef Selebriti 2

Posted: 29 Apr 2013 05:37 PM PDT

Tidak adil juga rasanya jika tuan punya badan yang mencipta kontroversi hujung minggu lalu tidak di’beri peluang untuk membela diri terhadap semua kritikan yang beliau terima. Ini cerita Zain Saidin.

Menurut kekasih Rozita Che Wan ini, banyak babak dari rakaman penuh telah di’potong oleh produksi MasterChef Selebriti 2 untuk menampakkan dirinya sebagai watak jahat dalam ‘drama’ ini.

“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata pedas juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah”

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” jelas Zain Saidin kepada Sinar Harian.

Zain Saidin turut menambah yang beliau di’desak oleh pihak produksi untuk menyertai MasterChef Selebriti 2 kerana kisah percintaan beliau & Rozita Che Wan yang memang hangat di’perkatakan peminat.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta,” ujar beliau yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Jo dan Chef Zubir.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Yusof Haslam Enggan Komen Status Cinta Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana

Posted: 29 Apr 2013 02:51 PM PDT

Semalam dalam satu kenyataan kepada media mendedahkan hubungan cinta bekas kekasihnya, Ammar Alfian Aziz ada meminta sesiapa yang ragu ragu bertanyakan sendiri kepada Datuk Yusof Haslam.

BACA: Puteri Sarah Liyana & Syamsul Yusof Kini Bercinta?

“Tanyalah Datuk Yusof Haslam (bapa Syamsul Yusof) tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya,” ujar Ammar Alfian nampak yakin dengan pendedahan beliau terhadap hubungan pasangan tersebut.

Yusof Haslam menerusi laporan Utusan Malaysia hari ini bagaimana pun menolak untuk mengulas lebih lanjut tentang status hubungan cinta anak lelakinya, Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana seperti di’dakwa.

“Sama ada saya tahu atau tidak saya tidak mahu komen. Syamsul kini berada di Bangkok, Thailand untuk urusan filem arahannya, jadi saya minta dia tumpukan perhatian untuk menyiapkan filem itu dahulu”

Datuk Yusof Haslam berkata yang Syamsul Yusof mempunyai hak untuk membuat pilihan hidup tetapi apa yang lebih penting ketika ini adalah pengarah muda itu menyiapkan kerja (filem) terlebih dahulu.

Gambar Ihsan: Nizam Zailan


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Nora Danish Nafi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin

Posted: 29 Apr 2013 02:09 PM PDT

Minggu lalu, timbul satu gossip yang menyatakan seorang pelakon comel popular bakak mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dan katanya sudah pun membeli persiapan perkahwinan di Jakarta, Indonesia.

BACA: Pelakon Comel Popular Bakal Berkahwin?

Peminat yang membaca gossip tersebut tidak teragak agak meneka yang pelakon comel tersebut adalah Nora Danish & ini menimbulkan keterujaan di’kalangan peminat yang memang ingin lihat beliau berkahwin.

Nora Danish mengakui beliau ada terbang ke Jakarta, Indonesia baru baru ini tetapi tujuan’nya adalah untuk menjalani penggambaran 10 episod Republik Cinta Ahmad Dhani bersama ya, Ahmad Dhani.

“Saya akui, memang saya ada membeli kain untuk hari raya dan koleksi peribadi. Mungkin orang tersalah anggap. Saya masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga. Jika ada saya tidak akan menafikannya kerana ia adalah benda yang baik,” jawab beliau ringkas.

#06 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA #05 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA #04 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA #03 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA #02 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA #01 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA #08 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA #07 Nora Danish Nafi Pergi Ke Indonesia Beli Persiapan Kahwin - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter Kerana Timbul Sifat Cemburu?

Posted: 29 Apr 2013 01:45 PM PDT

Pasti ramai peminat dunia hiburan yang telah membaca kisah pendedahan Ammar Alfian terhadap bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana yang kini khabarnya bercinta dengan Syamsul Yusof.

Kalau di’teliti kata kata Ammar Alfian menerusi media & juga akaun Twitter milik beliau, pendedahan yang di’lakukan beliau semalam lebih bermotifkan membalas dendam daripada perkara lain.

Petang semalam, Ammar Alfian Aziz telah menulis sebaris ayat yang tidak secara langsung menyebut nama Syamsul Yusof tetapi sekali membaca pasti ramai boleh menjangka kepada siapa ianya di’tujukan.

“Sul sul sul muke kemek lu memang mintak kena pukul, walawei wa leh jadik rapper cam lu puuuiiihhh,” maafkan bahasa rempit Ammar Alfian ini tetapi harap anda faham apa yang cuba di’sampaikan.

Tulisan itu bagaimana pun telah di’padam daripada akaun Twitter beliau tidak lama selepas itu. Anda boleh baca melalui screenshot yang sempat kami ambil di’bawah — dan beberapa tulisan lain.

Menurut sumber kami yang juga merupakan rakan baik kepada Ammar Alfian & Puteri Sarah Liyana sebelum ini, punca sebenar pendedahan yang di’lakukan tidak lain kerana bermotifkan sifat cemburu terhadap apa yang di’miliki bekas kekasihnya itu kini.

Rakan mereka berdua itu turut memaklumkan yang kehidupan Ammar Alfian sebelum ini banyak di’tanggung oleh Puteri Sarah Liyana memandangkan kerjaya seni aktor & model itu sendiri sebenarnya tidak menentu.

Sumber turut menyatakan yang Ammar Alfian sebenarnya masih memerlukan ‘cinta’ Puteri Sarah Liyana dalam hidupnya walaupun kini sudah mempunyai teman wanita baru bergelar model, Shella. Hmm.

#01 Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter Kerana Cemburu - ROTIKAYA #02 Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter Kerana Cemburu - ROTIKAYA #03 Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter Kerana Cemburu - ROTIKAYA #04 Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter Kerana Cemburu - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Maznah Zulkifli: Itu Satu Fitnah & Saya Bakal Ambil Tindakan

Posted: 29 Apr 2013 01:40 PM PDT

Apabila akhbar hujung minggu menyebut nama Maznah Zulkifli (Maznah Zolkifli) sebagai rakan artis yang merampas suami Noniswara, kecoh juga di’kalangan peminat dunia hiburan yang mahukan kepastian.

BACA: Maznah Zulkifli Rampas Suami Noniswara, Punca Cerai?

Melalui laporan Kosmo! hari ini, Maznah Zulkifli memberikan kenyataan balas yang dakwaan beliau merampas suami Noniswara, Datuk Rosman Ridzwan sebagai satu fitnah selain terkejut dengan berita tersebut.

“Memang saya sangat terkejut & saya telah difitnah. Saya bakal mengambil tindakan selanjutnya ke atas kes ini”

“Saya telah pun berjumpa dengan peguam saya dan saya tidak boleh beri sebarang kenyataan. Memang saya akui ini semua fitnah semata-mata,” ujar Maznah Zulkifli tentang isu ini. Apakah akan ada saman malu?


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Johan As’ari Elak Bersentuhan, Doakan Kebahagiaan Nabila Huda

Posted: 29 Apr 2013 10:56 AM PDT

Pemergian kali kedua Johan As’ari menunaikan umrah telah berjaya membuka hati beliau untuk berazam tidak lagi memeluk mana mana artis perempuan ketika berlakon bersama selepas ini.

Dahulu, Johan As’ari dikatakan sering bermain cinta di set penggambaran dengan setiap heroinnya ternyata kini tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi sedemikian.

Niat suci Johan ini terdetik selepas banyak peristiwa kurang enak berlaku kepada aktor berusia 26 tahun ini sepanjang bergelar anak seni.

Selepas menunaikan umrah bermula 26 Mac hingga 8 April, Johan As’ari mengakui banyak perubahan yang telah berlaku ke atas dirinya selain daripada azamnya dia masih belum ketinggalan di dalam menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Lebih tenang hidup bersendirian Johan sememangnya menginginkan seorang wanita yang menepati ciri-ciri wanita pilihan untuk dijadikan isteri.

Walaupun sebelum ini pasangan ini pernah dikhabarkan hangat bercinta namun ingatan Johan Asa’ari terhadap kawan baiknya, Nabila Huda tidak pernah luput apabila turut sama mendoakan kebahagiaan wanita tersebut bersama Nas-T.

Menurut Johan lagi, dia mengetahui percintaan Nabila pun menerusi Twitter dan ketika itu dia masih di sana.

“Kalau ada yang perasan kami ada juga bertanya khabar menerusi Twitter, saya dapat tahu dia sedang bercinta pun di internet, saya hormati pengakuan yang telah dibuat sendirinya olehnya”

“Apa yang penting, saya doakan kebahagiaan dia sekarang dan doakan jodoh yang baik untuknya,” ujar beliau.

#02 Johan As'ari Doakan Kebahagian Nabila Huda & Nas-T - ROTIKAYA #03 Johan As'ari Doakan Kebahagian Nabila Huda & Nas-T - ROTIKAYA #04 Johan As'ari Doakan Kebahagian Nabila Huda & Nas-T - ROTIKAYA #01 Johan As'ari Doakan Kebahagian Nabila Huda & Nas-T - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.327)

Posted: 29 Apr 2013 09:53 AM PDT

VIDEO HARI INI: Walaupun demam Gangnam Style sudah lama berakhir, namun ianya tidak menghalang Samsung dari menggunakan lagu tersebut untuk mempromosikan Galaxy S4 di India. Kelakar pun ada.

Datuk Aznil Nawawi mengaku tidak mengetahui yang beliau mempunyai masalah dengan Zain Saidin selepas pelakon itu mempertikai kemenangan Pak Nil pada satu cabaran MasterChef Selebriti. – mStar Online

Kalau kaya apa pun mampu bukan? Taylor Swift di’lapor telah membayar secara tunai sebanyak US$11 juta untuk sebuah rumah agam berkeluasan 11,000 kaki persegi di Rhode Island, Amerika Syarikat – TMZ

Selepas bercinta selama lima tahun, akhirnya Michael Jordan mengikat tali perkahwinan dengan wanita pilihan Yvette Prieto dalam satu majlis penuh meriah di Palm Beach, Florida. – US Weekly

Miley Cyrus mendedahkan yang beliau merasa ianya satu tindakan yang betul untuk bertunang dan memberikan komitmen dalam hubungan dengan Liam Hemsworth tetapi tetap memilih untuk low profile. – MTV

Pelakon popular Korea, Hyun Bin mengesahkan yang beliau akan kembali dengan filem berjudul King's Wrath yang merupakan filem pertama beliau selepas tamat tugasan wajib tentera pada Disember 2012. – Soompi


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Betul Ke Industri Hiburan Negara Hancur Jika PAS Memerintah?

Posted: 29 Apr 2013 01:06 PM PDT

erbualan hangat masa kini ialah tentang kenyataan Norman Abdul Halim yang tetap mempertahankan kenyataannya menerusi Twitter dengan mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah selepas Pilihan raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti. Satu kenyataan yang mendapat respon yang sangat banyak. Terlalu ramai yang[...lagi...]

The post Betul Ke Industri Hiburan Negara Hancur Jika PAS Memerintah? appeared first on Sensasi Selebriti.

Sinopsis Drama Luluhnya Sebuah Ikrar Lakonan Sara Ali

Posted: 29 Apr 2013 11:03 AM PDT

etelah berakhirnya derita yang ditanggung Diana dalam Kerana Lelaki Itu, drama terbaru terbitan Double Vision Sdn. Bhd iaitu Luluhnya Sebuah Ikrar bakal menghiasi malam Isnin dan Selasa anda mulai 6 Mei ini. Luluhnya Sebuah Ikrar menceritakan mengenai Yati (Sara Ali), gadis manis yang baru memulakan latihan praktikal di sebuah firma[...lagi...]

The post Sinopsis Drama Luluhnya Sebuah Ikrar Lakonan Sara Ali appeared first on Sensasi Selebriti.

Sinopsis Drama Bersiri Kalau Bukan Aku

Posted: 29 Apr 2013 10:42 AM PDT

enyusuli "Duri Di Hati", sebuah lagi drama berjudul "Kalau Bukan Aku" mengisi slot Azalea mulai 25 April 2013 yang lalu, dibintangi oleh Erry Putra, Syatilla Melvin, Azuan Mazlan, Ziela Jalil, Zaidi Omar, Mak Wan, Sura Sojangi, Zalfie dan ramai lagi. Drama siri 17 episod yang diterbitkan oleh Global Station Sdn.[...lagi...]

The post Sinopsis Drama Bersiri Kalau Bukan Aku appeared first on Sensasi Selebriti.

Review Hotel Novotel Bandung

Posted: 29 Apr 2013 10:36 AM PDT

Penginapan yang Selesa dan Lengkap di Novotel Bandung oleh Shah Shamshiri erdiri megah di kota Bandung, hotel Novotel merupakan sebuah hotel bertaraf perniagaan yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para pelanggannya. Sebagai sebuah hotel di bawah jenama yang sangat popular, Novotel Bandung sentiasa berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik[...lagi...]

The post Review Hotel Novotel Bandung appeared first on Sensasi Selebriti.

Azhar Sulaiman Sanggup di Panah Petir Isu Fitnah Anwar Ibrahim

Posted: 28 Apr 2013 10:11 PM PDT

emam PRU13 makin panas dan membahang, jika semalam dihangatkan dengan kenyataan Norman KRU yang mengatakan dunia hiburan akan jatuh jika ditadbir oleh PAS, hari ni dipanaskan lagi dengan kenyataan pelakon Azhar Sulaiman. Budiey sebagai pemerhati, memang tidak lepas untuk membaca status Facebook milik Azhar Sulaiman, dan beliau bukanlah artis yang[...lagi...]

The post Azhar Sulaiman Sanggup di Panah Petir Isu Fitnah Anwar Ibrahim appeared first on Sensasi Selebriti.

Ammar Alfian Dedah Puteri Sarah Bercinta Dengan Syamsul Yusof

Posted: 28 Apr 2013 09:52 PM PDT

Pelakon Ammar Alfian Aziz telah mendedahkan di Mstar Online berkenaan dengan bekas kekasihnya Puteri Sarah Liyana sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem popular Syamsul Yusof. Ammar rasa pelik kenapa Puteri Sarah merahsiakan hubungan itu selain mendakwa dirinya masih solo sedangkan mereka sudah menjalinkan cinta sejak Oktober tahun lalu. Mmm, pelik gak[...lagi...]

The post Ammar Alfian Dedah Puteri Sarah Bercinta Dengan Syamsul Yusof appeared first on Sensasi Selebriti.

Sebab Zain Saidin Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

Posted: 28 Apr 2013 03:13 PM PDT

Kepada pembaca yang menonton episod terbaru MasterChef Selebriti Malaysia (Musim 2) yang bersiaran malam tadi (28 April, har Ahad) pastinya akan tahu apa yang berlaku dan b perangai ‘elok’ yang ditunjukkan oleh Zain Saidin. Memang panas juga dapur MasterChef Selebriti Malaysia semalam sampai nama Zain Saidin tiba-tiba muncul jadi trending di[...lagi...]

The post Sebab Zain Saidin Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia appeared first on Sensasi Selebriti.

Episod Akhir Kerana Lelaki Itu

Posted: 28 Apr 2013 10:44 AM PDT

agi peminat yang setia mengikuti drama lakonan Siti Elizad, Zarina Zainoordin, Fikhree Bakar, Riz Amin, Ana Dahlia dan Tunku Hanis, jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod akhir Kerana Lelaki Itu pada 29 April ini, jam 8.30 malam di TV9. Drama yang mendapat sambutan ramai ini mengisahkan mengenai pahit manis kehidupan yang[...lagi...]

The post Episod Akhir Kerana Lelaki Itu appeared first on Sensasi Selebriti.

Impak Chemistry Achey & Puteri Balqis Dalam Bintang Mencari Bintang

Posted: 27 Apr 2013 12:20 PM PDT

erata Galaksi Mencari Legasi… itulah tagline program realiti terbaru TV3, Bintang Mencari Bintang (BMB) yang ingin menonjolkan bakat sketsa komedi dan nyanyian 12 anak didik dari 6 sifu yang cukup dihormati, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Senario, Sabri Yunus, Raja Azura dan Faizal Ismail. Bersiaran secara langsung dari studio Sri[...lagi...]

The post Impak Chemistry Achey & Puteri Balqis Dalam Bintang Mencari Bintang appeared first on Sensasi Selebriti.

National Geographic Channel’s New Series Mudcats

Posted: 26 Apr 2013 12:33 PM PDT

on't forget to catch the premiere of Mudcats beginning 7 May 2013 at 9.00pm exclusively on National Geographic Channel (Astro Ch 553) and thereafter every Tuesdays at the same time. Deep in the heart of America, an age-old tradition has given way to a fierce competition of brains, brawn and guts[...lagi...]

The post National Geographic Channel's New Series Mudcats appeared first on Sensasi Selebriti.

Gambar Liyana Jasmay & Awal Ashaari di Pelancaran Samsung Galaxy S4

Posted: 26 Apr 2013 11:40 AM PDT

amsung Malaysia Electronics is proud to introduce the arrival of Samsung GALAXY S4, a next generation handset that is designed to bring people together and enrich everyday life. In delivering a life enhanced by the device's latest offerings, Samsung celebrates the advent of the GALAXY S4 with Malaysia's leading operators[...lagi...]

The post Gambar Liyana Jasmay & Awal Ashaari di Pelancaran Samsung Galaxy S4 appeared first on Sensasi Selebriti.

Nissan Jurassix Park 2013

Posted: 26 Apr 2013 11:06 AM PDT

daran Tan Chong Motor (ETCM) bakal menganjurkan pengembaraan 4×4 yang mengujakan, dikenali sebagai Nissan Jurassix Park 2013 di Miri, Sarawak, bermula dari 24 – 26 Mei 2013. Acara ini terbuka kepada semua pelanggan Nissan di Malaysia Timur, terutama mereka yang memiliki model 4×4 seperti Nissan Navara, Frontier dan X-Trail. Pada[...lagi...]

The post Nissan Jurassix Park 2013 appeared first on Sensasi Selebriti.

Kose Save The Blue 2013

Posted: 25 Apr 2013 12:41 PM PDT

KOSÉ SAVE the BLUE 2012 Save The Blue Project is an environmental initiative by KOSÉ to protect the world's fast depleting coral reefs. Beginning with the corals reefs off the Japanese island of Okinawa since 2009, the Save the Blue project now expands to Malaysia from 2011 onwards. For year[...lagi...]

The post Kose Save The Blue 2013 appeared first on Sensasi Selebriti.

Rembau Most Wanted - Waris

MENJADI popular bukanlah sasaran sebenar pemuda bernama Muzammil Alias, 24, ketika pertama kali memperkenalkan lagu rap berjudul Rembau Most Wanted.
Dia cuma jejaka biasa ketika lagu itu pertama kali dimuat naik secara suka-suka di laman sosial YouTube. Tapi ternyata tuah nyata menyebelahi Muzammil.
Lagu unik dengan rap loghat Negeri Sembilan itu kemudiannya mendapat perhatian ramai sehingga mengheret Muzammil atau lebih dikenali sebagai Waris ke pentas populariti.
Sekarang Waris diangkat sebagai penyambung legasi muzik genre rap dan hip hop selepas untuk satu tempoh apabila genre muzik ini semakin lesu dalam industri.
Kemunculan Waris secara tidak langsung kembali memberi pilihan dan warna dalam muzik hip hop selepas sebelum ini kita misalnya begitu biasa mendengar nama Joe Flizzow, Malique, Poetic Ammo dan Altimet.
Walau semakin dikenali, Waris bagaimanapun tidak menganggap dirinya sudah boleh memegang label popular.
Waris menegaskan dia masih orang baru walaupun lagu tersebut berjaya melonjakkan namanya kerana masih ramai di luar sana yang belum benar-benar mengenali dirinya.
"Betul. Saya tak rasa diri saya dah popular. Setakat ini, saya pergi kemana-mana pun, belum ada lagi orang datang dan tegur saya.
"Bagi saya yang popular itu bukan saya tetapi lagu itu sendiri," katanya merendah diri.
Menganggap populariti yang datang sebagai satu yang tidak dijangka kata Waris, dia menerimanya sebagai rezeki kurniaan Tuhan.
"Saya muat naik secara suka-suka. Lagu itu pun bukan lagu asal saya sebaliknya lagu kumpulan rap Barat, Wu Tang Clan.
"Kemudian saya ubah ikut stail saya sendiri dan loghat Negeri Sembilan.
"Saya muat naik di YouTube sebelum kemudiannya DJ Fuzz mengesan bakat saya dan menjadikan saya antara keluarga baru di bawah Mixology Music dan lagu itu diubah semula menjadi lagu yang ada sekarang," jelasnya.
Sinikal WarisKebanyakan lagu-lagu rap dan hip hop begitu sinonim dengan ayat dan kata-kata sinikal yang diterjemah dalam lirik lagu.
Mungkin itulah yang menjadikan genre ini unik biarpun kadangkala ada juga yang menyelitkan lirik yang tidak senonoh.
Tak menafikan bahawa lirik yang dihasilkan juga tak lari daripada unsur sinikal dan sindiran, Waris mengaku niatnya cuma mahu menyampaikan mesej yang positif.
"Lirik memang saya yang tulis. Memang ada unsur sinikal tapi tak menyentuh unsur-unsur sensitif dan menggunakan ayat kesat.
"Bagi saya sinikal dalam lagu itu perlu kerana itu adalah cara saya menyampaikan mesej tentang bermacam ragam masyarakat.
"Benda yang berlaku di sekitar kita, apa yang saya nampak dan rasa, saya tulis menjadi lagu," ujarnya.
Selain itu kata Waris, dia juga punya harapan besar agar mereka yang mendengar lagu tersebut mampu berbangga dengan budaya dan bahasa ibunda.
"Saya sengaja menulisnya dalam longhat Negeri Sembilan. Selain dekat dengan saya sebab saya memang dari Rembau, saya harap lagu itu mampu sebarkan semangat kecintaan terhadap bahasa kita," katanya.
Kreativiti tak disekatSebagai anak didik DJ Fuzz, Waris lega kerana idea dan kreativitinya dalam menghasilkan lagu dan lirik tidak disekat oleh pihak syarikat.
Malah pelajar tahun kedua jurusan Kejuruteraan Awam di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi, Selangor ini juga mengaku tiada masalah bekerjasama dengan Mixology Music.
"Setakat ini tak ada masalah antara saya dan pihak syarikat dari segi pembikinan lagu. Mereka beri sepenuhnya kebebasan untuk saya hasilkan sendiri lagu," katanya.
"Selepas Rembau Most Wanted, kami juga dah ada dengan material baru yang menunggu masa untuk dilancarkan. Tunggu lampu hijau daripada pihak syarikat," katanya.

Yusof Haslam enggan komen hubungan Syamsul-Puteri Sarah

KUALA LUMPUR 29 April - Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam mahu anaknya, Syamsul, 29, yang dikatakan sedang dilamun cinta dengan pelakon Puteri Sarah Liyana menumpukan perhatian kepada pembikinan filem.
 
Enggan membuat sebarang komen mengenai hubungan itu,menurut Yusof buat masa ini dia mahu Syamsul memberi tumpuan kepada filem arahannya, KL Gangster 2 yang masih di dalam pembikinan.
"Sama ada saya tahu atau tidak saya tidak mahu komen (mengenai hubungan cinta Syamsul).
"Syamsul kini berada di Bangkok, Thailand untuk urusan filem arahannya, jadi saya minta dia tumpukan perhatian untuk menyiapkan filem itu dahulu," katanya.
 
Ditanya sama ada dia merestui, jika benar anaknya itu menjalinkan hubungan dengan Puteri Sarah, bagi Yusof sebagai seorang dewasa, Syamsul mempunyai hak untuk membuat keputusan.
"Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak mahu komen apa-apa berkaitan hubungan ini.
"Sebagai seorang yang dewasa Syamsul mempunyai hak untuk membuat pilihan hidup, cuma buat masa ini saya mahu dia segera menyiapkan kerjanya dahulu," katanya.
 
Kisah percintaan Puteri Sarah dan Syamsul mula menjadi perhatian apabila bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian baru-baru ini membuat pengakuan terbuka mengenai hal itu kepada sebuah portal

RotiKaya

RotiKaya


Zizan Razak Nafi Kini Bercinta Dengan Elfira Loy

Posted: 28 Apr 2013 05:37 PM PDT

Semenjak Zizan Razak mengumumkan yang hati beliau telah di’curi oleh seorang wanita, satu per satu andaian akan siapakah gerangan wanita itu timbul & yang terbaru ianya di’khabarkan Elfira Loy.

Selepas di’gossipkan bercinta dengan Kaka dan juga Emma Ma’embong, Zizan Razak kini cuba di’kaitkan pula dengan pelakon remaja kecil molek Elfira Loy tetapi pantas dinafikan pelawak tersebut.

“Saya mengenali Elfira Loy sebagai rakan artis dan memang dia seorang gadis yang baik. Personalitinya pun menarik dan saya senang mempunyai teman seperti dia,” ujar Zizan Razak kepada portal Murai.

Zizan Razak juga sekali lagi bercerita tentang gadis yang berjaya mencuri hatinya namun enggan memberitahu sama ada dia seorang selebriti atau tidak. Hadiah iPhone 5 juga masih misteri siapa pemberinya.

“Saya memang ada menyebut berkenaan seorang wanita. Tetapi saya tidak sebut pula siapakah orangnya. Sama ada artis atau tidak, habis di situ sahaja,” tambah Zizan Razak yang ingin berkahwin sebelum usia 30 tahun.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Puteri Sarah Liyana & Syamsul Yusof Kini Bercinta?

Posted: 28 Apr 2013 09:11 AM PDT

Jika mengikut kata bekas kekasih kepada Puteri Sarah Liyana, memang ya aktress ini sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem & juga pelakon popular, Syamsul Yusof.

Ammar Alfian melahirkan rasa pelik kenapa Puteri Sarah Liyana masih merahsiakan hubungan dengan Syamsul Yusof sedangkan mereka sudah bercinta sejak Oktober tahun lalu.

“Mereka mula akrab sejak Oktober 2012 dan kami putus sekitar Disember 2012. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak,” ujar Ammar Alfian kepada mStar Online hari ini.

Ammar Alfian turut berkata yang beliau mengambil keputusan membuat pendedahan ini kerana bosan dengan sikap Puteri Sarah Liyana yang suka memburukkan dirinya di media & krew produksi penggambaran.

“Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya”

“Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa,” kata Ammar Alfian yang turut mengakui beliau kini sedang bercinta dengan seorang model bernama Shella.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

MasterChef Selebriti Malaysia 2013 — Perbodohkan Diri Sendiri, Zain Saidin Terkeluar

Posted: 28 Apr 2013 09:09 AM PDT

Episod terbaru persaingan MasterChef Selebriti Malaysia yang ke udara malam Ahad semalam menerima reaksi rancak dari para peminat gara gara perangai yang di’tunjukkan oleh Zain Saidin.

Mungkin anda pernah terdengar cerita yang mengatakan Zain Saidin suka tunjuk perangai di set MasterChef Selebriti Malaysia namun ramai yang menganggap kisah itu sebagai teknik melariskan program.

BACA: Zain Saidin Cuba Tunjuk Karakter Dalam MasterChef Selebriti 2

Malam tadi, ketika proses penyingkiran berlaku satu Malaysia boleh melihat sendiri sikap kurang ajar & memperbodohkan diri sendiri oleh Zain Saidin terhadap juri juri dalam program tersebut.

Peminat di laman sosial rata rata menyokong penyingkiran Zain Saidin dari MasterChef Selebriti kali ini kerana tidak sanggup melihat perangai tidak matang beliau sebagai seorang selebriti.

Malah ada antara mereka yang membandingkan Zain Saidin dengan Azwan Ali yang mana juga lantang bersuara dalam program itu sebelum ini tetapi tidak pernah sekali pun bersikap kurang ajar.

Dalam masa yang sama, anda perasan atau tidak perangai Rozita Che Wan terhadap Zain Saidin dalam program ini? Ya Tuhan, mereka berdua ini mahu mendirikan rumahtangga bersama. Hmm.

#04 Zain Saidin Terkeluar MasterChef Selebriti Malaysia - ROTIKAYA #03 Zain Saidin Terkeluar MasterChef Selebriti Malaysia - ROTIKAYA #02 Zain Saidin Terkeluar MasterChef Selebriti Malaysia - ROTIKAYA #01 Zain Saidin Terkeluar MasterChef Selebriti Malaysia - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Akui Hubungan Serius, Pekin Ibrahim Kahwin Jun 2014?

Posted: 28 Apr 2013 09:02 AM PDT

Jika sebelum ini kenyataan Pekin Ibrahim mengiyakan hubungan beliau bersama Uqasha Senrose dan berkata yang keluarga beliau merestui akan hubungan ini, nampaknya kini ada perkembangan lebih positif.

BACA: Keluarga Restu Saya Dan Uqasha Senrose – Pekin Ibrahim

Bercakap kepada Media Hiburan baru baru ini, Pekin Ibrahim mengakui yang hubungan beliau dengan Uqasha Senrose memang serius & jika tiada aral melintang merancang untuk berkahwin tahun hadapan.

“Tarikh sebenar belum dapat dipastikan lagi, mungkin Jun 2014,” ujar Pekin Ibrahim ringkas tentang rancangan perkahwinan beliau.

Dalam laporan yang sama, Pekin Ibrahim berkata yang beliau kini bersedia untuk menonjolkan diri lebih dalam media berbanding sebelum ini kerana agak berahsia tentang kisah kisah peribadi.

Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Kahwin Jun 2014 - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.326)

Posted: 28 Apr 2013 09:00 AM PDT

VIDEO HARI INI: Penari hip hop berbangsa Perancis di Jepun, Guillaume Lorentz telah membawa tarian cover beliau dengan lagu Can’t Hold Us nyanyian Macklemore & Ryan Lewis ke jalanan. Awesome!

Hanya selepas empat hari memulakan kempen di Kickstarter, Zach Braff berjaya mengumpul US$2.1 juta dana daripada para peminat yang ingin menonton filem Wish I Was Here menjadi kenyataan. – EW

Elton John dalam temubual terbaru berkata yang perbalahan bersama Madonna yang berlarutan selama bertahun lamanya kini sudah selesai usai pertemuan mereka di sebuah restoran di Perancis. – Vulture

Oleh kerana bersuara lantang menentang Pakatan Rakyat di Facebook, akaun Azhar Sulaiman telah di’godam & selebriti itu terus mempersoalkan hak kebebasan bersuara di Malaysia. – MyNewsHub

Aktress popular Korea, Ha Ji Won meluahkan hasrat untuk membuka agensi pengurusan sendiri selepas berpisah dengan agensi rasmi beliau sebelum ini yang menaungi kariernya selama 10 tahun. – Soompi

Ah akhirnya ada gambar sebagai bukti yang pasangan ini memang ingin kembali bersama. Justin Bieber & Selena Gomez masing masing kirimkan gambar tanpa baju bersama mereka ke Instagram. – US Weekly


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Norman KRU: Industri Muzik & Filem Akan Hancur Jika PAS Pegang Kuasa

Posted: 27 Apr 2013 11:13 PM PDT

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kita keluar beramai ramai mengundi untuk menentukan masa hadapan Malaysia. Namun, Norman Abdul Halim atau Norman KRU seperti sudah nampak masa hadapan.

Melalui akaun Twitter beliau hari ini, Norman KRU menulis yang masa hadapan industri perfileman & muzik tempatan dalam keadaan bahaya jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di’benarkan berkuasa.

“Sorry ye, apa yang saya tweet ni mesti penyokong PR tidak suka tapi ini realiti – kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akan hancur”

“Bukan saja industri filem dan muzik tempatan saja yang akan hancur; pengeluaran filem & muzik antarabangsa di Malaysia akan turut terjejas,” tulis Norman KRU yang menerima pelbagai reaksi.

Penyanyi & penerbit, Hafiz Hamidun antara yang memberikan reaksi beliau mengatakan industri filem & muzik tidak akan terjejas langsung malah apa yang perlu adalah produk seni yang lebih berkualiti.

Apa kata anda?

#06 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA #05 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA #04 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA #03 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA #02 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA #01 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA #07 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Judika Kagumi Amy Search & Luah Hasrat Ingin Berduet

Posted: 27 Apr 2013 08:59 PM PDT

Pemilik nama Judika Nalon Abadi Sihotang, atau lebih mesra dipanggil Judika telah memberitahu kepada pihak media bahawa dia teramat mengagumi penyanyi-penyanyi dari Malaysia terutamanya Amy Search.

Sejak dari kecil dia mendengar lagu-lagu seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu, dan lain-lain lagi sehinggakan bapanya sendiri telah membelikannya beberapa kaset Amy Search ketika dia di bangku sekolah.

“Saya begitu mengagumi Amy Search, yang suatu ketika dahulu amat popular dengan lagu-lagu seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu dan lain-lain lagi sehinggakan pernah suatu ketika dahulu ayah saya membelikan beberapa kaset Amy Search ketika saya berada di bangku sekolah,” katanya penuh teruja.

Judika juga menyimpan hasrat untuk berkobolarasi bersama-sama dengan Amy Search sekiranya diberi peluang suatu hari nanti.

Dia yang juga turut meminati penyanyi Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan juga Dato' Siti Nurhaliza tidak mahu melepaskan peluang juga sekiranya suatu hari nanti dapat bergandingan bersama penyanyi tersohor Malaysia itu.

“Sekiranya diberi peluang pada suatu hari nanti, saya amat sekali teringin untuk menyanyi berduet bersama-sama dengan Amy Search, kerana dia mempunyai vokal yang cukup mantap dan sehingga kini, beliau masih lagi mampu untuk menyanyi dalam nada yang tinggi”

ROTIKAYA_060 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA ROTIKAYA_061 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA ROTIKAYA_062 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA ROTIKAYA_063 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA

“Saya juga turut meminati Faizal Tahir kerana beliau juga seorang penyanyi yang luar biasa sekali & mempunyai karakternya tersendiri apabila berada di atas pentas. Selain itu, saya juga meminati Jaclyn Victor dan Dato' Siti Nurhaliza kedua-dua penyanyi ini juga amat saya kagumi dan sekiranya berpeluang berkobolarasi bersama-sama dengan mereka semua saya akan begitu teruja dan berterima kasih kerana dapat merealisasikan impian saya untuk menyanyi bersama-sama mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Judika juga akan mengakhiri zaman bujangnya apabila bakal berkahwin dengan seorang jelitawan Indonesia yang merupakan Puteri Indonesia 2007, Duma Risis Silalahi yang dijangka akan diadakan pada 31 Ogos ini di Danau Toba, tempat asal mereka berdua.

Pada petang tersebut bersempena mini showcase yang dipersembahkan oleh Judika yang bertempat di Hotel Royal yang merupakan penaja penginapan rasmi, dia menghiburkan peminat-peminatnya di Malaysia dengan menyanyikan beberapa buah lagu antaranya Aku Yang Tersakiti.

ROTIKAYA_064 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA ROTIKAYA_065 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA ROTIKAYA_066 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA ROTIKAYA_067 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA

Istimewanya pada petang tersebut dia menyanyikan lagu dari idola yang cukup dikaguminya tak lain tak bukan, Amy Search dengan membawakan lagu yang berjudul Isabella.

Majlis sidang akhbar dan showcase ini ditaja oleh Hotel Royal Kuala Lumpur dan ERA FM selaku radio rasmi. Manakala KKBOX dan Spotify merupakan rakan online music streaming.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Maznah Zulkifli Rampas Suami Noniswara, Punca Cerai?

Posted: 27 Apr 2013 08:08 PM PDT

Noniswara sebelum ini ada menyebut kepada media yang seorang wanita bergelar artis telah menjadi punca kepada tuntutan cerai beliau terhadap suami, Datuk Rosman Ridzwan malah telah bersemuka.

Beriat Harian menerusi sisipan hiburan mereka, Bpop menulis gossip yang mengatakan artis tersebut adalah Maznah Zulkifli, personaliti televisyen yang terkenal dengan aktiviti lasak beliau.

Maznah Zulkifli Punca Noniswara Bercerai - ROTIKAYA

Khabarnya, Maznah Zulkifli & suami Noniswara sering keluar bersama suatu ketika dahulu tetapi dalam diam di’katakan personaliti TV ini mencuri hati lelaki tersebut.

Ini pula kisah yang di’ceritakan oleh Noniswara tentang artis yang menjadi punca penceraian beliau & suami.

“Siapa sangka kawan sendiri sanggup mengkhianati saya. Dia juga rakan artis. Saya mengenalinya dengan rapat malah dia pernah meminta saya mencarikan teman lelaki untuknya”

“Artis ini mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk di lokasi penggambaran. Dia meracuni fikiran suami dan memburukkan saya”

“Selepas berbincang dengan suami, beliau mengakui mencintai artis ini dan tidak mahu melepaskannya. Tidak guna saya menunggu lagi jika suami sendiri mengakui wajah saya serupa hantu,” jelas Noniswara.

#01 Maznah Zulkifli Rampas Suami Noniswara - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...