Sharnaaz hero Ruby nak sunting Shila Amzah

Enggan 'memanaskan' keadaan, Sharnaaz Ahmad, 28, berharap dapat bersemuka dengan ND Lala, 52, daripada mereka terus bertelingkah dalam media massa mengenai hasrat pelakon itu menyunting Shila Amzah.

Sharnaaz berkata, bukan tiada usaha membawa keluarganya dari Pulau Pinang datang ke Kuala Lumpur bagi menjelaskan niat merisik Shila mengikut adat. Namun, dakwa Sharnaaz, usahkan duduk semeja, panggilan telefon kepada ND Lala juga tidak berangkat.
Sharnaaz mendakwa, dia kurang pasti mengapa ND Lala menempelaknya sebagai 'biadap' selepas membuat kenyataan mahu merisik Shila.


Ini kerana kata Sharnaaz, ND Lala sendiri sukar didekati atau dihubungi bagi membincangkan niatnya itu.

"Cuba jelaskan bagaimana saya mahu menyampaikan niat suci saya kalau dia (ND Lala) sentiasa mengelak.

Bagaimana ibu bapa saya mahu menyampaikan hajat ini mengikut adat andai usaha bersemuka gagal?

Kali terakhir saya hubunginya Disember lalu, panggilan saya tidak berangkat.

RotiKaya

RotiKaya


Isu Rampas Suami Orang — Norish Karman Anggap Wanita Tersebut Iri Hati

Posted: 31 Jan 2013 05:20 PM PST

Selama lebih kurang 6 bulan berdiam diri dalam bidang lakonan, Norish Karman ataupun lebih mesra disapa NK akur kontroversi yang melanda dirinya penyebab utama dia kehilangan kerja.

Namun begitu NK menegaskan bahawa bukan dia hidup tanpa kerja tetapi membuat kerja sambilan seperti membuat kerja katering di rumah dan juga mengadakan ceramah motivasi jika ada jemputan.

Tatkala disapa mengenai kontroversi pembuka lebaran baru bagi tahun 2013, NK nyata terkilan dengan kenyataan yang dilemparkan kepadanya oleh wanita yang pernah dianggap sebagai kakak sendiri.

“Saya tidak pasti kenapa dia boleh keluar cerita sebegitu mengenai saya sedangkan selama saya berkawan dengannya anak-anak dialah yang membuatkan saya gembira kerana mereka anggap saya sebagai bondanya sendiri”

Ujar NK lagi anak wanita tersebut seramai empat orang masing-masing amat menyukai dirinya dan seringkali dijemput menghadiri majlis makan-makan yang diadakan.

“Jika ikut kenyataan wanita tersebut dia seolah-olah cuba melibatkan suaminya sedangkan saya hanya rapat dengan anak bukan suami”

“Mungkin dia iri hati melihat keletah anak-anaknya yang jauh lebih rapat dengan saya berbanding ibu sendiri”

Untuk menjelaskan kenyataan di beberapa akhbar tempatan baru-baru ini NK memberitahu tiada apa-apa hubungan yang terjadi di antara dia dan suami wanita tersebut.

#01 Isu Rampas Suami Orang, Norish Karman Anggap Si Isteri Iri Hati - ROTIKAYA #02 Isu Rampas Suami Orang, Norish Karman Anggap Si Isteri Iri Hati - ROTIKAYA #03 Isu Rampas Suami Orang, Norish Karman Anggap Si Isteri Iri Hati - ROTIKAYA #04 Isu Rampas Suami Orang, Norish Karman Anggap Si Isteri Iri Hati - ROTIKAYA

“Bayangkanlah suaminya itu berumur lebih kurang 60 tahun takkan tergamak saya merobohkan rumah tangga mereka yang telah saya anggap seperti keluarga sendiri”

“Saya sudah mempunyai empat orang anak dan tidak pernah terfikir untuk memburukkan mana-mana orang”

Menurut NK lagi perhubungan di antara dia dan keluarga tersebut terjalin hampir lima tahun akhirnya tamat disebabkan sikap iri hati wanita tersebut.

NK yang tampil bertudung di Masjid Wilayah malam tadi redha dengan apa yang terjadi terhadap dirinya dan mahu fokus dengan bidang nyanyian .


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Bawa Gelaran Datuk — Aznil Hj Nawawi Terima Anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW)

Posted: 31 Jan 2013 04:57 PM PST

Tahniah di’ucapkan kepada Aznil Hj Nawawi yang secara rasmi telah di’anugerahkan gelaran bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan yang di’sambut hari ini.

Aznil Hj Nawawi di’anugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk bersama dengan 40 orang lain yang menerima pengiktirafan yang sama.

Istiadat penganugerahan akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta & akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

#01 Aznil Hj Nawawi Terima Anugerah, Bawa Gelaran Datuk - ROTIKAYA


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Siti Saleha Malu Dengan Babak Intim Sendiri Dalam Filem Kerat 14

Posted: 31 Jan 2013 08:46 AM PST

Melihat dari perwatakannya yang ceria dan bersifat open minded kita tidak akan sangka beliau merupakan seorang yang sangat berdikari dan mampu hidup sendiri.

Masih lagi solo, Siti Saleha yang sebelum ini popular menerusi drama Nora Elena tampil buat pertama kalinya di layar perak untuk filem Kerat 14.

Berpuas hati dengan filem pertamanya, Siti Saleha memberitahu walaupun tampak senang dia sebenarnya mengalami kesukaran untuk melakonkan watak sebagai Zara dan harus melakukan adegan mesra bersama pelakon baru, Ali Arami.

“Ada scene ‘mesra’ yang mana saya terpaksa berlakon seperti hendak bercium, untuk melakukan babak tersebut terpaksa mengambil beberapa kali shot kerana banyak sudut yang dimahukan pengarah. Saya sebagai pelakon hanya menjalankan tugas”

Ujar Siti Saleha lagi, ketika tayangan media bapanya turut sama hadir memberi sokongan dan apabila ditanya mengenai respon bapanya itu dia memberitahu bahawa dari awal hinggalah sekarang dia berada di belakang dan sentiasa memberi semangat positif dan dia anggap itu antara tugas yang perlu dilunaskan untuk menjadi pelakon yang versatil.

“Ketika bapa melihat babak itu saya berasa agak malu dan menyuruh dia menutup mata, tapi saya tahu dia memahami kerjaya saya sebagai pelakon, asalkan tidak berlebihan”

Apa-apa pun, kejelitaan dan kelembutan Siti Saleha ketika berhadapan dengan peminatnya amatlah mesra dan kami yakin suatu hari nanti beliau pasti mampu menjadi pelakon yang disegani. Tahniah Siti Saleha!

#03 Siti Saleha Malu Dengan Adegan Mesra Dalam Filem Kerat 14 - ROTIKAYA #02 Siti Saleha Malu Dengan Adegan Mesra Dalam Filem Kerat 14 - ROTIKAYA #01 Siti Saleha Malu Dengan Adegan Mesra Dalam Filem Kerat 14 - ROTIKAYA #04 Siti Saleha Malu Dengan Adegan Mesra Dalam Filem Kerat 14 - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.268)

Posted: 31 Jan 2013 08:39 AM PST

VIDEO HARI INI: Samsung lancarkan iklan terbaru untuk tayangan di Super Bowl Ahad menampilkan Seth Rogen & Paul Rudd, angkat isu saman dari Apple dan trademark. Heh.

Psy sekali lagi membuktikan pengaruh beliau selepas memenangi Daesang Award, pencapaian tertinggi dalam Seoul Music Awards kali ke 22 yang berlangsung semalam. – allkpop

Marvel Studios telah lancarkan poster terbaru serta satu teaser terbaru berdurasi 10 saat untuk filem Iron Man 3 sebelum menyiarkan trailer penuh di Spuer Bowl Ahad ini. – Entertainment Weekly

Bercakap dalam temubual majalah baru baru ini, John Mayer mengakui dirinya kini dalam keadaan bahagia & gembira kerana hubungan sihat dengan Katy Perry. Tunggu apa? Kahwin. – US Weekly

Pelakon Dalam Hati Ada Taman, Elfira Loy naik angin dengan satu individu yang menyamar sebagai dirinya di laman sosial Twitter. – Sinar Harian

Kalau anda belum tahu, Alicia Keys telah di’lantik sebagai Global Creative Director untuk Blackberry tetapi nampaknya penyanyi ini lebih banyak gunakan iPhone keluaran Apple. Heh. – Gizmodo


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Asian Film Awards — Michelle Yeoh Bakal Terima Pengiktirafan Tertinggi

Posted: 31 Jan 2013 08:12 AM PST

Aktress bertaraf Hollywood yang berpengkalan di Hong Kong dan lahir di Malaysia, Michelle Yeoh bakal menerima Excellence in Asian Cinema Award pada majlis Asian Film Awards (AFA) tahun ini.

Perkara itu di’umumkan sendiri oleh pihak penganjur dan pengiktirafan tertinggi ini adalah untuk menghargai bakat dan pencapaian sepanjang hayat penggiat filem dalam industri itu di Asia.

Penerima anugerah tertinggi AFA itu sebelum ini termasuklah pengarah China Zhang Yimou & Kim Dong-Ho, pengarah juga pengasas untuk Busan International Film Festival.

Michelle Yeoh telah terlibat dengan hampir 40 buah filem sepanjang tiga dekad penglibatan beliau dalam industri perfileman.

Michelle Yeoh berkata beliau terharu & teruja untuk menerima anugerah tersebut selain menambah yang misi beliau untuk mempromosi imej wanita Asia yang positif dalam filem antarabangsa.

Asian Film Awards (AFA) akan berlangsung pada 18 Mac 2013 ini di Hong Kong — bersamaan bermulanya Hong Kong International Film Festival.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Tuduhan Biadap — Sharnaaz Ahmad Ingin Bersemuka Dengan ND Lala

Posted: 31 Jan 2013 04:12 AM PST

Kami bukan pakar dalam hubungan cinta tetapi isu Sharnaaz Ahmad dan ‘bakal’ bapa mertuanya ini seakan racun dalam hubungan cinta beliau bersama Shila Amzah.

BACA: ND Lala Kecewa Sharnaaz Ahmad Tetap Mahu Masuk Merisik

Membalas kenyataan ND Lala yang di’siarkan Harian Metro hari ini, Sharnaaz Ahmad berkata yang beliau bersedia untuk berjumpa dengan bapa Shila Amzah itu pada bila bila masa.

“Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita,” ujar Sharnaaz Ahmad kepada Murai hari ini.

“Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda juga”

“Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua”

Sharnaaz Ahmad turut berkata yang beliau tidak putus asa untuk mengahwini Shila Amzah kerana isu ini.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Mizz Nina Sahkan Kolaborasi Dalam Lagu Dengan Jay Park

Posted: 30 Jan 2013 09:15 PM PST

Teka teki tentang siapakah teman kolaborasi terbaru Mizz Nina akhirnya terjawab dengan beberapa laporan media di Korea Selatan hari ini.

Mizz Nina yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Colby O’Donis & Flo Rida telah memilih bintang solo muzik pop Korea Selatan, Jay Park untuk projek terbaru beliau.

Penyanyi ini di’khabarkan telah pun mengadakan satu sidang media mengesahkan kolaborasi beliau bersama Jay Park untuk lagu berjudul All Around The World yang telah selesai rakaman.

Jay Park baru baru ini memuatnaik sekeping gambar beliau bersama Mizz Nina di’mana mana kedua dua mereka kelihatan dalam persalinan untuk rakaman video muzik. Mungkin.

Adakah anda teruja dengan kolaborasi terbaru Mizz Nina & Jay Park ini? Sementara itu, layankan beberapa keping gambar Mizz Nina ketika beliau berada di Seoul baru baru ini. Enjoice!

#08 Mizz Nina Sahkan Kolaborasi Dengan Jay Park - ROTIKAYA #07 Mizz Nina Sahkan Kolaborasi Dengan Jay Park - ROTIKAYA #06 Mizz Nina Sahkan Kolaborasi Dengan Jay Park - ROTIKAYA #05 Mizz Nina Sahkan Kolaborasi Dengan Jay Park - ROTIKAYA #04 Mizz Nina Sahkan Kolaborasi Dengan Jay Park - ROTIKAYA #03 Mizz Nina Sahkan Kolaborasi Dengan Jay Park - ROTIKAYA #02 Mizz Nina Sahkan Kolaborasi Dengan Jay Park - ROTIKAYA #01 Mizz Nina Sahkan Kolaborasi Dengan Jay Park - ROTIKAYA

Sumber: Mizz Nina & Jay Park via Instagram


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Rakam Episod Di Negara Asia — Running Man Sah Tidak Akan Turun Ke Malaysia

Posted: 30 Jan 2013 08:13 PM PST

Kepada peminat setia program variasi SBS, Running Man ini anda tidak perlu berspekulasi lagi tentang kehadiran program ini ke bumi Malaysia.

Laporan terbaru ada menyebut yang seluruh produksi Running Man akan menjalankan penggambaran di beberapa buah negara Asia tidak lama lagi tetapi Malaysia bukan salah satu destinasi mereka.

Menurut sumber industri hiburan Korea, Running Man akan ke Macau pada awal Februari sebelum bergerak ke Vietnam sebagai destinasi luar negara mereka tahun ini.

Penggambaran akan mengambil tempat di Macau Tower & bandar Hanoi di Vietnam namun tetamu undangan mahu pun format yang akan di’jalankan masih tidak di’ketahui.

Wakil peserta tetap Running Man mengesahkan berita ini & mengatakan bahawa kesemua yang terlibat telah memiliki tiket penerbangan ke Hong Kong & Macau. Peminat di Malaysia, teruskan berharap.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

MediaMalaya

MediaMalaya


Khairul Fahmi & Leuniey selepas berkahwin (11 Gambar)

Posted: 30 Jan 2013 11:58 PM PST

Sekejap je dah nak sebulan perkahwinan mereka. Mesti ada gambar-gambar menarik mereka berdua selepas berkahwin kan? Lagi gambar selepas ini.

Ning Baizura selamat lahir anak pertama lelaki

Posted: 30 Jan 2013 06:57 PM PST

Penyanyi zaman 90-an, Ning Baizura telah selamat melahirkan anak pertama lelaki pada jam 3.06 pagi tadi di hospital di ibu negara.

Berita gembira ini diberitahu oleh pengurusnya, Aylwin Santiago dan Ning Baizura bersama anaknya berada dalam keadaan sihat.

Sebagai nota, Ning dan suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 37 berkahwin pada 31 Januari 2008.

Sekitar Majlis Berinai Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan (12 Gambar)

Posted: 30 Jan 2013 05:30 PM PST

liyanajasmaykawen06

Desertakan koleksi gambar di sekitar Majlis Berinai Liyana Jasmay dan pasangannya, Fathudin Mazlan. Majlis ini adalah persediaan majlis pernikahan dan persandingan yang akan berlangsung pada 2 Februari ini. Menariknya majlis berinai ini berkonsepkan Bollywood. Hamlo Koko Sama Sakoto Phir Bhi Dil Hai Hindustani! Lagi gambar selepas ini.

liyanajasmaykawen01

liyanajasmaykawen02

liyanajasmaykawen03

liyanajasmaykawen04

liyanajasmaykawen05

liyanajasmaykawen07

liyanajasmaykawen08

liyanajasmaykawen09

liyanajasmaykawen10

liyanajasmaykawen11

liyanajasmaykawen12

Sumber dipetik: RotiKaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...