RotiKaya |
- Twitter: Rita Rudaini Komen Isu Kehamilan Ayu Raudhah, Hukum Karma?
- Whatchuwant? : Peluang Untuk Modifikasi Kereta Anda Dalam ‘Pimp My Ride’
- Nurul Syuhada Rancang Menimang Anak Selepas Berhenti, Ingin Berehat
- Video: Nora Danish Dan Adi Putra Dalam Parodi ‘Sore Eyes 5 Days MC’
- Nurul Syuhada Sahkan Letak Jawatan Di TV3, Sejak Sebulan Lepas
- Vokal Bukan Sekadar Rupa Bakal Kembali & Ujibakat Bermula Sabtu Ini
Twitter: Rita Rudaini Komen Isu Kehamilan Ayu Raudhah, Hukum Karma? Posted: 06 Sep 2012 11:02 AM PDT
Beberapa hari lalu, Ayu Raudhah tampil dalam Utusan Malaysia bercerita tentang pengalaman keguguran kandungan yang di’alami sekitar Oktober 2011 yang lalu. Ayu Raudhah berkata mungkin kerana beliau bekerja terlalu keras & sebab itulah keguguran itu berlaku — kini beliau ingin berehat untuk berusaha menghasilkan zuriat. Lain ceritanya dengan Rita Rudaini yang meluahkan perasaan beliau terhadap apa yang berlaku ke atas Ayu Raudhah — dan menganggap semua itu sebagai balasan Tuhan. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Whatchuwant? : Peluang Untuk Modifikasi Kereta Anda Dalam ‘Pimp My Ride’ Posted: 06 Sep 2012 11:00 AM PDT Ketika belajar dahulu, rancangan realiti TV terbitan MTV merupakan salah satu program kegemaran kami kerana membuatkan kami berangan ingin memiliki sebuah kereta di’modifikasi khas. Celcom menerusi kempen Whatchuwant menawarkan secara eksklusif untuk anda pengguna Xpax satu peluang hebat untuk menjadi salah seorang peserta Pimp My Ride dengan hanya mendail *128#. Jika anda belum mengetahui apa itu Whatchuwant, sekarang adalah masa terbaik kerana kempen ini menawarkan hadiah hebat bernilai RM10,000 setiap hari untuk pelanggan Xpax. Ya, setiap hari. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Nurul Syuhada Rancang Menimang Anak Selepas Berhenti, Ingin Berehat Posted: 06 Sep 2012 09:05 AM PDT
Nurul Syuhada Nurul Ain dalam temubual bersama media mengakui yang beliau sudah pun melepaskan jawatan tetap di TV3 sebulan yang lalu & kini bekerja secara sambilan. Menurut beliau, selepas enam tahun bersama TV3 kini rasanya masa sudah tiba untuk beliau berehat & tidak terikat dengan jadual kerja yang menuntut komitmen yang tinggi. “Suami saya pun ada meminta supaya saya kurangkan aktiviti yang melibatkan kerja saya sebagai wartawan sepenuh masa seperti sebelum ini,” ujar Nurul Syuhada. Menafikan isu Bintulu ‘daif’ & keputusan beliau untuk berhijab menjadi punca, Nurul Syuhada turut mengakui yang beliau kini merancang untuk menimang cahayamata pertama. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Video: Nora Danish Dan Adi Putra Dalam Parodi ‘Sore Eyes 5 Days MC’ Posted: 06 Sep 2012 09:01 AM PDT
Ini mungkin salah satu usaha mereka dengan menggunakan kuasa viral untuk mempromosikan filem terbaru terbitan MIG yang di’bintangi oleh Nora Danish & Adi Putra. Pasangan ini telah menerima cabaran untuk mengajuk gaya Nur Feetri dalam video viral Sore Eyes 5 Days MC dan ya, mereka berdua berjaya melakukan’nya dengan comel. Nora Danish dan Adi Putra masing masing merupakan tunjang utama filem Aku Terima Nikahnya yang bakal ke pawagam tidak lama lagi. Video selepas ini, enjoice! (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Nurul Syuhada Sahkan Letak Jawatan Di TV3, Sejak Sebulan Lepas Posted: 06 Sep 2012 12:45 AM PDT
Keputusan meletak jawatan ini khabarnya di’ambil ekoran isu Bintulu ‘daif’ yang rancak di’perkatakan hujung minggu lalu & pengacara ini telah pun memohon maaf. Wartawan kami sedang berada di rumah terbuka Media Prima dan berusaha mendapatkan kepastian daripada Nurul Syuhada yang kelihatan hadir sama. Stay tuned! UPDATE-1: Beberapa orang kakitangan TV3 yang kami temui menafikan mereka ada mendengar apa apa berita tentang Nurul Syuhada meletak jawatan pagi ini. Aneh. UPDATE-2: Bercakap kepada wartawan kami petang ini, Nurul Syuhada mengesahkan yang beliau sudah pun melepaskan jawatan tetap bersama TV3 sejak sebulan yang lalu. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Vokal Bukan Sekadar Rupa Bakal Kembali & Ujibakat Bermula Sabtu Ini Posted: 05 Sep 2012 09:26 PM PDT
Dan mereka kini sedang mencari peserta yang berbakat dan sesuai untuk di’ketengahkan melalui satu satu’nya platform yang meletakkan bakat sebagai ukuran utama. Menariknya, jika tahun lalu platform ini di’buka eksklusif untuk mereka seperti kami yang tiada rupa dan personaliti, tahun ini ujibakat di’buka kepada semua yang berminat. Tidak bermakna pihak Vokal Bukan Sekadar Rupa mencari eye candy untuk program mereka, tetapi lebih kepada meluaskan skop mereka yang mempunyai bakat terpendam. Untuk musim kali ini, Azmeer & Mas Idayu di’beri tugas untuk memilih peserta yang layak ke pentas Vokal Bukan Sekadar Rupa di seluruh Malaysia bermula Sabtu ini. Berminat? (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.